
PGA rampas rokok bernilai lebih RM900,000 di Kluang
KLUANG 28 Julai – Batalion Kelima Pasukan Gerakan Am (PGA5) merampas 5,580 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai lebih RM900,000 hasil serbuan di sebuah premis di Jalan Murni 6, Paloh, di sini semalam.
Pegawai Pemerintah PGA5 Superintendan Dimin Awang berkata, dalam Op Kontraban pada 9.30 malam itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 59 tahun kerana dipercayai menyeludup kesemua rokok terbabit.

“Lelaki itu disyaki menjadikan premis tersebut sebagai stor penyimpanan sementara rokok seludup tersebut sebelum diedarkan untuk pasaran sekitar Kluang.
“Kesemua rokok itu dianggarkan bernilai RM987,456 dan kita percaya penahanan serta rampasan rokok ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Kluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dimin berkata, lelaki dan rokok itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

