‘Banner oh Banner’

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat
DAK MAT

 

MINGGU lalu, Mat keluar membuat tinjauan bagi mendapatkan bahan berita. Mat perasan satu benda semasa memandu di satu daerah luar bandar Melaka.

Tergantung satu ‘banner’ di bahu jalan. Ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin’ dari seorang pemimpin Melaka.

Namun Mat bersangka baik, mungkin pihak berwajib belum sempat me- nurunkan banner tersebut walaupun kita merayakan Aidilfitri dua bulan yang lalu.

Mat juga nampak beberapa banner lain acara awal tahun ini masih ter- gantung dalam keadaan baik dan kukuh.

Ada juga banner yang digantung menyalahi protokol. Di satu persimpan- gan jalan, gambar Ketua Menteri digantung di bawah banner seorang ketua pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mungkin si pemasang tidak berniat apa-apa. Cuma kurang peka protokol hierarki pimpinan dan peraturan pemasangan yang ditetapkan.

PBT perlu tegas! Syarat pemasangan banner sedia ada cukup untuk men- gawal. Cuma perlu lebih tegas dan penguatkuasaan yang ketat.

Peraturan pemasangan juga perlu lebih kreatif agar mewujudkan pe- mandangan yang ‘sejuk mata memandang’.

Banner yang tidak menepati spesifikasi atau melanggar peraturan perlu dibuang segera. Jika perlu, naikkan nilai deposit yang dibayar pemohon.

Ini bagi memastikan mereka menurunkan banner yang digantung mengikut jadual yang ditetapkan. Jika tidak, deposit hangus. Harap PBT lebih tegas mengawal keadaan ini.

Dak Mat : Gantung banner ‘Selamatkan Gaza’.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1277
Kongsi :
Previous post PGA rampas rokok bernilai lebih RM900,000 di Kluang
Next post Khairul Anuar mara ke pusingan ketiga
Ubah saiz-+=