
CAC Klinik Kesihatan Batu Berendam sesak
BATU BERENDAM 2 Ogos – Keadaan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Klinik Kesihatan Batu Berendam, di sini terus sesak dengan kehadiran orang ramai bagi mendapatkan penilaian kesihatan sejak awal pagi.
Tinjauan Melaka Hari ini sekitar jam 8.30 pagi mendapati kenderaan beratur di bahu jalan sejauh 500 meter bermula di Taman Seri Songket sehingga ke pintu masuk CAC itu.

Pesakit daripada pelbagai peringkat umur dapat diperhatikan termasuk kanak-kanak dan bayi yang disyaki positif terpaksa menunggu lama untuk memakai gelang kuarantin sebaik tiba di CAC itu.
Tinjauan MHI sehingga jam 12 tenga hari mendapati masih terdapat deretan kenderaan beratur panjang untuk mendapatkan penilaian kesihatan di CAC tersebut.

Terdapat tiga khemah dibahagikan untuk pemakaian gelang merah jambu, menunggu giliran dihantar ke Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) MITC dan pemotongan gelang kuarantin.
Untuk rekod CAC Klinik Kesihatan Batu Berendam mula beroperasi pada Januari lalu bagi menilai setiap pesakit COVID-19 selain membantu peranan pihak hospital.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BUKAN SEKADAR RIDE, KONVOI PEMUDA ALOR GAJAH ERATKAN SILATURAHIM
AYER KEROH 27 Jun – Bukan sekadar mengumpulkan ribuan penunggang motosikal, sebaliknya menjadi platform menyatukan komuniti menerusi minat yang sama....
‘RED LECHWE’ ZOO MELAKA JALANI PROSEDUR SEDASI, RAWAT BENGKAK TESTIS
AYER KEROH 27 Jun - Di sebalik haiwan spesies antelop diberi nama ‘Red Lechwe’ ini, berdiri sepasukan Veterinar Zoo Melaka...
MIMPI NGERI BANJIR KILAT MALIM JAYA BERAKHIR
KESIDANG 27 Jun – Masalah banjir kilat yang pernah menjadi mimpi ngeri penduduk Malim Jaya berjaya dikurangkan secara signifikan menerusi...
115 PASUKAN BERENTAP REBUT KEJUARAAN PERLUMBAAN PERAHU NAGA MELAKA 2026
BANDA HILIR 27 Jun - Sebanyak 115 pasukan dari dalam dan luar negara berentap merebut gelaran juara dalam Perlumbaan Perahu...
KPKT LULUS 5 PERMOHONAN BINA BAHARU RUMAH RAKYAT MEMERLUKAN DI JASIN
RIM 27 Jun - Sebanyak lima permohonan pembinaan rumah baharu di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Jasin...
TRANSFORMASI ZOO MELAKA SEBAGAI DESTINASI KELUARGA – CMI
AYER KEROH 27 Jun - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) memperhebat usaha memperkasakan Zoo Melaka menerusi pelbagai penambahbaikan termasuk menaik...

