
Kerajaan negeri Melaka masih kukuh
MASJID TANAH 4 Ogos – Pentadbiran kerajaan negeri tidak terjejas meskipun berlaku kemelut politik di peringkat pusat.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, beliau bagaimanapun tidak mahu memperincikan mengenai isu politik di negeri ini sebaliknya kebajikan rakyat menjadi keutamaan.
“Berkaitan isu politik ini saya serahkan kepada kepimpinan di peringkat Persekutuan dan negeri.
“Apapun saya adalah ahli parti dan akur kepada keputusan parti, itu sahaja saya dapat maklumkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Villa D’Acqua Kampung Pulau, di sini hari ini.
Sulaiman berkata, setakat ini tiada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang menarik diri daripada kerajaan dan mesyuarat mingguan EXCO akan berjalan seperti biasa.
“Insya-Allah, di Melaka kita bersama rakan-rakan sedia ada akan terus memacu dan memandu negeri ke arah lebih baik,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEMPAT TENGOK BUNGA API SEBELUM LAHIRKAN ‘HERO’ MERDEKA
BANDARAYA MELAKA 1 September - Seorang ibu Nur Farahin Miszan, 32, sempat menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kebangsaan Ke-69...
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...

