
Lebih 23.6 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam – Adham
KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Sebanyak 23,608,290 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,350,180 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,258,110 orang menerima dos kedua.
“Mengikut peratusan, 47 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 25.3 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.
Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 447,035 dos diberikan semalam dengan 187,756 adalah pemberian dos pertama manakala 259,279 lagi adalah dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PEMUDA DISYAKI ‘LIBAS’ REMAJA PEREMPUAN DITAHAN
AYER KEROH 21 Oktober - Tindakan pantas pasukan polis berjaya memberkas seorang pemuda yang disyaki terbabit dalam kejadian mencederakan seorang...
DEEPAVALI DISAMBUT MERIAH DI MELAKA
KUALA LINGGI 21 Oktober - Dari pagi hingga ke malam, rumah terbuka bersempena sambutan Deepavali yang dianjurkan tidak putus menerima...
WRUR: ‘MASTERCLASS’ MHI DIDIK MASYARAKAT KOMUNIKASI ALAF BAHARU
KLEBANG 21 Oktober - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong memuji inisiatif Melaka Hari Ini...
USAHAWAN MELAKA HALAL HUB TAMPIL PRODUK BERINOVASI DI MIHF’25
AYER KEROH 21 Oktober - Produk berinovasi tinggi dan berdaya saing di pasaran global seperti makanan retort, sedia dimakan dan...
PEKERJA KILANG CEDERA DILIBAS OBJEK TAJAM OLEH LELAKI TIDAK DIKENALI
PANTAI KUNDOR 21 Oktober - Seorang remaja perempuan yang juga pekerja di sebuah kilang di Tangga Batu cedera di pinggang...
‘PERPADUAN JADI TUNJANG SAMBUTAN DEEPAVALI DI MELAKA’
AYER KEROH 20 Oktober – Sambutan Deepavali di Melaka menyerlahkan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum apabila majlis rumah terbuka...