
Dua kontena mayat ditempatkan di HM pada 3 September
KRUBONG 30 Ogos – Dua kontena yang setiap satunya boleh memuatkan 20 mayat dijangka tiba di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka (HM) pada 3 September ini.
Exco Kesihatan negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kes kematian yang meningkat saban hari sebelum ini mencetuskan kebimbangan kapasiti penyimpanan mayat di bilik mayat HM berada pada paras kritikal.
Berikutan itu, katanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan permohonan untuk menempatkan sebuah kontena manakala satu lagi hasil sumbangan individu perseorangan.
“Untuk makluman setakat semalam 16 daripada 26 peti simpanan sudah diisi mayat, maknanya masih ada kekosongan.
“Enam daripada mayat itu adalah pesakit COVID-19 manakala selebihnya pesakit lain, Insha-Allah kita akan terima kontena mayat ini pada 3 September ini,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di sini, hari ini.
Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan dua kontena berkenaan bakal diterima HM dalam masa terdekat sebagai persediaan untuk menampung peti simpanan mayat yang menghampiri tahap maksimum.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
AB RAUF FAIL SAMAN TERHADAP MOHAMAD ALI
AYER KEROH 20 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, selesai sesi pemeriksaan utama dalam perbicaraan saman...
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...

