Lebih 99 peratus pekerja PPSPM lengkap vaksin – Murad

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 30 Ogos – Lebih 99 peratus kakitangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) sudah lengkap suntikan vaksin COVID-19 setakat hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Murad Husin berkata, ia bagi memudahkan pengoperasian Melaka River Cruise (MRC) jika dibenarkan operasi apabila peralihan fasa yang baharu diumumkan nanti.

“Kita kalau boleh nak mula buka hari ini, pembukaan sektor pelancongan penting di Melaka kerana ini negeri pelancongan, jika pelancong tak datang ke Melaka aktiviti ekonomi tidak bergerak.

“Sektor pelancongan Negeri Melaka dapat dibuka secara berperingkat pun sudah cukup. Kita faham hanya beberapa sektor yang dibenarkan buka mengikut peringkat.

“PPSPM memang bersedia untuk menerima pelancong bila-bila masa kerana kakitangan kita sudah 99 peratus lengkap vaksin,” katanya kepada MHI.

Jelasnya, PPSPM juga sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

“Kita tiada isu kakitangan yang belum divaksin, sekarang pun kita jalankan tindakan dari segi persiapan untuk operasi nanti.

“Selain itu, bahagian semakan MySejahtera bagi pelancong yang sudah lengkap dua dos vaksin turut dilakukan jika mereka ingin naik bot MRC.

“Namun SOP yang lama masih kekal iaitu hanya 50 peratus pelancong yang boleh menaiki bot pada satu-satu masa,” katanya.

Katanya PPSPM juga meneruskan promosi ‘Buy Now Travel Later’ dengan potongan 30 peratus bagi setiap pembelian tiket.

“Promosi diskaun 30 peratus tiket ini berakhir pada 31 Disember tahun ini, tetapi tarikh sah tiket boleh digunakan hingga hujung tahun 2022.

“Andai kata pelancongan tak sempat naik atau tidak boleh naik bot MRC tahun ini, jangan risau tiket itu boleh digunakan sehingga tahun depan,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1187
Kongsi :
Previous post Dua kontena mayat ditempatkan di HM pada 3 September
Next post PM kuarantin, tidak hadir istiadat angkat sumpah jawatan menteri Kabinet
Ubah saiz-+=