
PM kuarantin, tidak hadir istiadat angkat sumpah jawatan menteri Kabinet
PUTRAJAYA 30 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri Kabinet, petang ini.
Menurut kenyataan media rasminya, Ismail Sabri mula menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
“Sehubungan itu, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada petang ini.
“Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...

