
60.3 peratus rakyat Melaka lengkap dua dos suntikan
KRUBONG 30 Ogos – Melaka mencapai 60.3 peratus bagi populasi individu berusia 18 tahun ke atas telah lengkap menerima dua dos suntikan setakat semalam, kata Exco Kesihatan negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Beliau berkata, perkembangan positif itu sekali gus membolehkan negeri ini mencapai imuniti kelompok vaksinasi lebih awal berbanding sasaran sebelum ini.

“Mengikut populasi 18 tahun ke atas, kita telah mencapai 78.4 peratus penerima vaksin bagi dos pertama manakala dos kedua sudah mencapai 56.9 peratus.
“Bagaimanapun, berdasarkan data menerusi pendaftaran aplikasi MySejahtera, kita sudah mencapai 83.2 peratus bagi dos pertama manakala bagi dos kedua sudah mencapai 60.3 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANUGERAH INDUSTRI CEMERLANG JADI PEMANGKIN SEKTOR INDUSTRI MELAKA
AYER KEROH 17 Jun - Melaka bakal menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri (CMIEA) 2025 pada November ini bagi mengiktiraf...
ANGKAT SEMULA KEGEMILANGAN SUNGAI MELAKA
17 Jun - Melaka sentiasa berusaha untuk menambah baik sektor pelancongan air, sekali gus mengangkat semula kegemilangan Sungai Melaka sebagai...
MAKAN DURIAN SAMPAI PUAS DI MELAKA AGROFEST 2025
AYER KEROH 17 Jun - Penggemar durian berpeluang menikmati raja buah itu sepuasnya dengan hanya membayar RM15 seorang menerusi acara...
PENGHORMATAN KEPADA VETERAN ATM
AYER KEROH 17 Jun – Kejayaan menjejak dan menangkap empat pengganas komunis antara pengalaman paling berharga buat Pegawai Waran I...
MAYAT REPUT DI LADANG KELAPA SAWIT DISAHKAN LELAKI DEWASA
IPOH 16 Jun - Satu mayat reput tanpa pakaian yang ditemukan tergantung pada sebatang pokok di ladang kelapa sawit di...
PELATIH PLKN GAGAL LAPOR DIRI, MINDEF TUNGGU LAPORAN PENUH JLKN
AYER KEROH 16 Jun - Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang melaksanakan penilaian dan menunggu laporan penuh daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara...