Menteri, timbalan menteri angkat sumpah jawatan di hadapan Agong

Masa Membaca:3 Minit, 5 Saat

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Seramai 30 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis pada jam 2.30 petang itu dimulai dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dimainkan di Balairung Seri di istana berkenaan.

Daripada 69 Ahli Parlimen, 31 daripadanya dilantik sebagai menteri, manakala 38 lagi dilantik sebagai timbalan menteri jumlah yang sama ketika kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Daripada 31 menteri, 16 daripada mereka mengekalkan jawatan di kementerian yang sama, manakala dalam 38 timbalan menteri, 22 daripada mereka kembali memegang jawatan yang sama daripada Kabinet sebelum ini.

Dua daripada mereka tidak dapat hadir untuk mengangkat sumpah jawatan hari ini iaitu Tan Sri Noh Omar dan Datuk Mohamad Alamin.

Noh yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi difahamkan menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan Mohamad yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II, disahkan positif COVID-19.

Perdana Menteri, yang dijadual hadir turut tidak dapat berbuat demikian kerana menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini setelah disahkan menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Istiadat berlangsung di Balairung Seri mulai 2.30 petang itu bermula dengan lagu kebangsaan ’Negaraku’ dimainkan.

Ia diteruskan dengan lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia serta majlis menandatangani dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Istiadat berkenaan diadakan secara berkumpulan dengan barisan menteri dibahagikan kepada lima kumpulan manakala timbalan menteri enam kumpulan dan diakhiri dengan sesi bergambar barisan menteri dan timbalan menteri dengan Seri Paduka berdua.

Kumpulan pertama menteri seramai tujuh orang terdiri daripada empat Menteri Kanan iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Fadillah Yusof – Menteri Kerja Raya dan Senator Dr Mohd Radzi Jidin – Menteri Pendidikan.

Tiga lagi dalam kumpulan itu ialah Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Kumpulan kedua:

Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak)
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee – Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man – Menteri Alam Sekitar dan Air
Datuk Seri Hamzah Zainudin – Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Takiyuddin Hassan – Menteri Tenaga dan Sumber Asli (Kota Bharu)
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad – Menteri Pengajian Tinggi (Parit Sulong)

Kumpulan ketiga

Datuk Seri Rina Mohd Harun – Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Tan Sri Annuar Musa – Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Khairy Jamaluddin – Menteri Kesihatan (Rembau)
Datuk Halimah Mohamed Sadique – Menteri Perpaduan Negara
Datuk Seri Dr Adham Baba – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Mustapa Mohamed – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Kumpulan keempat

Datuk Saifuddin Abdullah – Menteri Luar
Datuk Dr Zuraida Kamaruddin – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
Datuk Seri Nancy Shukri – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

Kumpulan kelima

Datuk Seri Mahdzir Khalid – Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Seri Shahidan Kassim – Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Faizal Azumu – Menteri Belia dan Sukan
Senator Idris Ahmad – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

537
Kongsi :
Previous post PM ucap tahniah kepada Jong Yee Khie, rangkul pingat perak di sukan Paralimpik Tokyo 2020
Next post 60.3 peratus rakyat Melaka lengkap dua dos suntikan
Ubah saiz-+=