
MOSTI fokus inovasi bentuk ekonomi – Dr Adham
PUTRAJAYA 1 Sept – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba yang memulakan tugas secara rasmi di kementeriannya di sini hari ini berkata, tumpuan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) adalah untuk mengetengahkan bidang inovasi dalam bentuk ekonomi.
Ini termasuk perancangan mengenai kaedah inovasi yang boleh meningkatkan ekonomi masyarakat selain memberi sumbangan kepada dunia dengan menjadi pengeksport dalam bidang sains dan teknologi, katanya.
“Kita juga akan meningkatkan penglibatan individu yang memerlukan khidmat MOSTI dalam memastikan kecemerlangan dalam bidang inovasi, sains dan teknologi,” katanya dalam sesi interaksi bersama Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan warga kementerian secara maya.
Dr Adham bersama 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Isnin lalu.
Dr Adham adalah Menteri Kesihatan pada pentadbiran terdahulu manakala Khairy Jamaluddin adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang kini berpindah ke Kementerian Kesihatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...

