
Banjir di Johor: 136 mangsa ditempatkan di dua PPS
JOHOR BAHRU, 5 Sept – Seramai 136 mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan lebat lebih empat jam di daerah ini, malam tadi, memetik sumber portal Berita Harian.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, Kolonel Kamal Mokhtar, berkata PPS yang dibuka sejak malam tadi itu membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Skudai.
“Antara kawasan yang terjejas meliputi Kampung Laut Batu 10 dan Lorong Aris Batu 8 1/2 di Skudai menyebabkan dua PPS dibuka, kira-kira jam 9 malam tadi.
“SJKC Kuo Kuang menempatkan 33 mangsa daripada 33 keluarga, manakala SMK Skudai pula menempatkan 103 mangsa daripada 29 keluarga.
“Semua mangsa, termasuk 43 warga emas daripada keseluruhan 62 keluarga itu masih ditempatkan di PPS berkenaan. Keadaan juga dilaporkan terkawal setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, hanya sebuah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya di daerah Pontian beroperasi dengan menempatkan 25 mangsa daripada lapan keluarga.
Bagaimanapun, PPS itu sudah ditutup jam 2 petang selepas keadaan cuaca kembali cerah, selain penduduk selamat untuk pulang ke kediaman masing-masing.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM JADI ‘JAMBATAN’ RAPATKAN JURANG KOMUNITI DAN ASNAF
AYER MOLEK 7 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan antara asnaf dan mualaf...
TURUN PADANG CARA DUN AYER MOLEK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT – RAHMAD
AYER MOLEK 7 Mei - Pendekatan masuk kampung atau turun padang menjadi amalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek...
WRUR AYER MOLEK: ZIARAH KASIH SENTUH HATI PESARA GURU JAIM, MANTAN PEGAWAI SYARAK
AYER MOLEK 7 Mei – Program Peduli Ummah Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek menterjemahkan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap mantan...
KESAN PENCEMARAN DAN ALAHAN UDARA TERHADAP HIDUNG, SINUS DAN TEKAK DI KAWASAN BANDAR
Oleh: Dr. Haji Syed Zaifullah B. Syed Hamzah Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak, Kepala & Tengkuk (ENT) Oriental Melaka Straits...
SABUN BUNGA TELANG ‘BUAH TANGAN’ ISTIMEWA ORANG ASLI GAPAM BARU
ASAHAN 7 Mei - Penduduk di Kampung Orang Asli Gapam Baru kini memiliki produk tersendiri apabila berjaya menghasilkan sabun bunga...
KEREPEK PISANG ALONG SEMAKIN LARIS
ASAHAN 6 Mei - Pengusaha kerepek pisang kecil-kecilan, Norremy Husin, 42, mahu menjadikan produk dihasilkan sebagai batu loncatan untuk menggapai...
