
PKPD dilaksanakan di empat lokaliti Sabah mulai Selasa
KUALA LUMPUR, 5 Sept – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di empat lokaliti di Sabah, berkuat kuasa 7 hingga 20 Sept ini, susulan penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata lokaliti di Sabah itu melibatkan Kampung Tetabuan di Beluran, Kampung Matagang di Keningau, Taman Pantai Lok Kawi di Papar dan Kampung Kilanas di Ranau.
“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, PKPD di Kampung Buanot Matunggong di Kudat, Sabah, yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan hingga 20 Sept.
PKPD di dua lokaliti di Tawau, Sabah pula ditamatkan esok selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa di kawasan terbabit.
Penamatan itu meliputi Kampung Pukat di Tanjung Batu Laut serta Kampung Balung Cocos.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SALIRAN TERSUMBAT, ISU KOLAM TAKUNGAN ANTARA PUNCA BANJIR KILAT SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 17 November - Permasalahan berkaitan sistem saliran dan penyelenggaraan kolam takungan dikenal pasti sebagai antara faktor menyumbang kepada...
TOK HAMEED TURUN PADANG, NASIB TUJUH BERANAK DITIMPA MUSIBAH DIBERI PERHATIAN
AYER LIMAU 17 November – Kejadian bumbung kediaman runtuh yang menimpa sebuah keluarga membabitkan tujuh beranak di Jalan Bilal Mamat,...
MISI 100 HARI BERMULA, AZRIL KOMITED JAYAKAN ‘TEKAD KELUARGA REMBIA’
REMBIA 17 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz memulakan tugas rasmi hari pertamanya dengan...
ISU BANJIR SERKAM: TOK MAN TURUN PADANG, TINJAU KEADAAN
SERKAM 17 November - Masalah banjir berulang di persimpangan lampu isyarat berhadapan Pondok Polis Serkam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan...
JEZLEE SEDIA DENGAR, TELITI SETIAP ADUAN RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 17 November - Pelbagai aduan penduduk Sungai Rambai yang disuarakan menerusi media sosial akan diteliti bagi mengenal pasti...
ADUAN PENDUDUK LENDU KINI DI HUJUNG JARI, WHATSAPP KHAS DIBUKA
LENDU 17 November – Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Lendu kini mempunyai saluran lebih mudah dan pantas...
