
Tiada kematian baru di Melaka akibat COVID-19
AYER KEROH 17 Sept. – Tiada kes kematian membabitkan mangsa dijangkiti wabak COVID-19 yang direkodkan di Melaka, hari ini.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagaimanapun sebanyak 287 kes positif baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,524 kes.
“Daripada jumlah itu, 282 kes tempatan dan lima kes import b dengan pecahan mengikut daerah di Melaka Tengah sebanyak 137 kes, Jasin 55 kes dan Alor Gajah 95 kes.
“Ini menjadikan sebanyak 6,897 kes masih aktif yang mana 70 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 23 menggunakan bantuan alat pernafasan.
“Lima punca jangkitan utama bagi kes hari ini adalah 29 kes dari kluster kilang membabitkan 14 pekerja kilang dan 15 kontak keluarga.
“Manakala 128 kes lagi adalah kontak keluarga, enam kes tempat kerja bukan kilang dan 86 kes saringan bergejala,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Industri Jalan Usaha Tiga membabitkan tempat kerja.
“Kluster ini melibatkan sebuah kilang di kawasan perindustrian Ayer Keroh dengan 33 kes positif setakat ini.
“Punca jangkitan adalah sporadik dan telah
menular ke tempat kerja dan asrama pekerja,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...


