
UNIMEL bakal jadi universiti penuh pertama milik Melaka
AYER KEROH 21 Julai – Penubuhan Universiti Melaka (UNIMEL) bakal menjadi institut pengajian tinggi (IPT) pertama milik Melaka.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata bagi mempertingkatkan daya saing, Kerajaan Negeri Melaka akan menggabungkan kesemua IPT milik kerajaan negeri menjadi sebuah universiti penuh yang bakal dikenali sebagai Universiti Melaka atau UNIMEL.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul terima kasih di persidangan kedua penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, di Seri Negeri, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, pihak kerajaan negeri akan meneruskan bantuan pendidikan kepada anak-anak Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)
Antara bantuan pendidikan yang diberikan ialah bantuan pelajar sekolah rendah dan menengah, bantuan IPT secara one-off, dermasiswa pelajar dan pinjaman wang pengajian tinggi.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG PULAU JADI RUJUKAN KAMPUNG DIGITAL, KUBUR DIGITAL NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Kampung Pulau kini menjadi rujukan di peringkat negeri dan negara selepas menjadi perintis pelaksanaan Kampung...
KAMPUNG PULAU LAHIR 6 WAKIL RAKYAT, TOKOH-TOKOH HEBAT
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Kampung Pulau mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan tokoh kepimpinan yang menyumbang kepada pembangunan negeri dan...
DARI ALOR GAJAH, LAHIRNYA LEGASI SOS KUIH UDANG
ALOR GAJAH 17 Oktober - Bermula daripada permintaan pelanggan yang mahukan sos tambahan ketika menikmati kuih udang, resipi warisan arwah...
TOK MAN IKRAR BANTU ‘BIRUKAN’ PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 17 Oktober - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berikrar mengetepikan perbezaan...
MeSRa: MELAKA PERKASA SYIAR ISLAM DI SEGENAP DIMENSI
AYER KEROH 17 Oktober - Agihan zakat berjumlah RM159.9 juta, bantuan fidyah kepada asnaf, peluasan pensijilan halal serta pembinaan lima...
EKOSISTEM MELAKA DIGITAL TERUS BERKEMBANG
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Bermula dengan Kampung Digital, ekosistem Melaka Digital akan terus diperluas kepada pelbagai aspek kehidupan rakyat...
