
Annuar kupas isu industri seni menerusi Twitter Spaces Jumaat ini
KUALA LUMPUR 22 Sept. – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa akan memberikan fokus kepada industri seni dan kreatif pada sesi Twitter Spaces keduanya bersama warga maya, Jumaat ini (24 September).
Bersiaran buat pertama kali pada 17 September lalu, sesi perbincangan ‘Bersama Annuar’ kali ini akan merungkai topik ‘Industri Seni-Memulihkan Yang Terkesan’ menerusi platform @bernamadotcom bermula jam 9 malam.
Program yang mendapat sambutan menggalakkan itu menyaksikan Annuar berinteraksi dan menjawab soalan daripada warga maya secara langsung.
βBersama Annuarβ diadakan pada setiap Jumaat, bermula jam 9 malam untuk menyampaikan maklumat secara lebih efisien melalui pendekatan komunikasi langsung dengan rakyat.
Dikendalikan secara bersama-sama oleh hos Bernama TV Wan Syahrina Wan Ab. Rahman dan peneraju Bernama Radio Hanie Hamid, program βBersama Annuarβ di Twitter Spaces akan bersiaran setiap minggu sebanyak 12 episod sehingga Disember depan.
Spaces adalah ciri baharu yang diperkenalkan Twitter untuk pengguna akaun mengadakan perbualan dan perbincangan audio secara langsung bersama followers atau pengikut mereka di laman sosial berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MUZIUM KAPAL SELAM TAMPIL WAJAH BAHARU, SEDIA PIKAT PELANCONG
KLEBANG 1 November - Muzium Kapal Selam kini tampil dengan wajah baharu selepas kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan selesai dilaksanakan, sekali...
NAIK TARAF PENCAWANG ELEKTRIK PEMANGKIN PEMBANGUNAN SELANDAR
ASAHAN 31 Oktober - Penggunaan tenaga elektrik yang semakin meningkat susulan pembangunan semakin rancak sekitar Selandar, mendorong kepada penyediaan Bangunan...
IBU BAPA HARGAI SOKONGAN TOK HAMEED TERHADAP ANAK ISTIMEWA
AYER LIMAU 31 Oktober - Sokongan kepada keluarga yang membesarkan anak berkeperluan khas amat bermakna, terutama apabila kos penjagaan dan...
PRN MELAKA: HELMY BAWA ‘KAD PRESTASI’ KE GELANGGANG DUYONG
DUYONG 1 November - Rekod perkhidmatan sepanjang lima tahun lalu menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA: βAH SEMβ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...

