
Speaker umum penambahbaikan Sidang DUN
AYER KEROH 21 Julai – Beberapa perubahan diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada hari kedua Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Menurut Rauf, perubahan tersebut membabitkan pertukaran kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan laluan masuk yang telah dikhaskan kepada individu tertentu.
“Terdapat beberapa perubahan telah dibuat bagi tujuan penambahbaikan atas urusan persidangan negeri…yang pertama susunan tempat duduk ahli yang berhormat dalam galeri persidangan.
“Untuk makluman semua, susunan tempat duduk telah dipinda untuk meletakkan ahli kerajaan dan bukan kerajaan di blok masing-masing.
“Yang Berhormat juga dinasihatkan menjaga penjarakan sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) dalam galeri persidangan,” katanya hari ini.
Berhubung akses pintu pula, Ab Rauf berkata, bagi tujuan keselamatan pintu utama dewan hanya boleh dimasuki ADUN dan Ex-Officio sahaja.
“Bagi ketua jabatan pula hanya boleh masuk dan keluar di pintu kiri dan kanan ke bilik Bunga Raya dan Kesidang.
“Pintu belakang pula hanya boleh di lalui Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Dewan dan Urusetia Dewan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG PULAU LAHIR 6 WAKIL RAKYAT, TOKOH-TOKOH HEBAT
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Kampung Pulau mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan tokoh kepimpinan yang menyumbang kepada pembangunan negeri dan...
DARI ALOR GAJAH, LAHIRNYA LEGASI SOS KUIH UDANG
ALOR GAJAH 17 Oktober - Bermula daripada permintaan pelanggan yang mahukan sos tambahan ketika menikmati kuih udang, resipi warisan arwah...
TOK MAN IKRAR BANTU ‘BIRUKAN’ PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 17 Oktober - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berikrar mengetepikan perbezaan...
MeSRa: MELAKA PERKASA SYIAR ISLAM DI SEGENAP DIMENSI
AYER KEROH 17 Oktober - Agihan zakat berjumlah RM159.9 juta, bantuan fidyah kepada asnaf, peluasan pensijilan halal serta pembinaan lima...
EKOSISTEM MELAKA DIGITAL TERUS BERKEMBANG
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Bermula dengan Kampung Digital, ekosistem Melaka Digital akan terus diperluas kepada pelbagai aspek kehidupan rakyat...
JEREBU: MENARA TAMING SARI BEROPERASI SEPERTI BIASA
TELOK MAS 17 Oktober - Menara Taming Sari meneruskan operasi seperti biasa sepanjang musim jerebu, namun tahap jarak penglihatan akan...
