
Atlet SUKMA Johor 2020 sudah mulakan latihan
AYER KEROH 23 Julai – Semua atlet kontinjen bagi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Johor 2020 sudah memulakan latihan secara berkala sebagai persediaan menghadapi sukan dwitahunan itu tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, ketetapan itu dibuat selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan kerajaan pada 10 Jun lalu.
Katanya, semua latihan itu bagaimanapun tertakluk kepada kesediaan pusat latihan dan kelulusan Jawatankuasa Khas Menangani Covid 19 serta Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
“Semua latihan atlet SUKMA Johor 2020 dimulakan pada 11 Julai 2020 tertakluk kepada kesediaan pusat latihan termasuk pemilik premis pusat latihan dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
“Bagi atlet PARA SUKMA, seramai 120 atlet telah memulakan latihan di beberapa ‘venue’ (lokasi), bermula pada 15 Jun dgn mematuhi prosedur operasi standar (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MSN),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Kerk Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) pada hari keempat Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14.
Views:
Related


Berita Lain
PELAJAR CEMERLANG MELAKA DAPAT HADIAH SIMPAN SSPN PRIME
AYER KEROH 22 Ogos - Kecemerlangan akademik pelajar Melaka bukan sekadar diraikan dengan sijil dan penghargaan, malah diterjemahkan dalam bentuk...
RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Kampung Alai kini menerima pelbagai kemudahan yang bukan sahaja menceriakan persekitarannya, malah memberi manfaat langsung...
PPSPM CAPAI 70 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG
DUYONG 21 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya mencapai hampir 70 peratus sasaran jumlah pengunjung bagi...
AKSI TEMPUR, LOMPAT API GEGARKAN SAMBUTAN MERDEKA MELAKA
SUNGAI UDANG 22 Ogos - Aksi lompatan merentasi api dan pemusnahan papan menjadi antara elemen baharu yang bakal dipersembahkan 64...
GELOMBANG 30,000 ANAK MUDA BAKAL GEGAR MITC
AYER KEROH 22 Ogos - Lebih 30,000 belia dijangka membanjiri Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bagi memeriahkan Karnival Anak Muda...
UMIS@UNIMEL: TRANSFORMASI UNIVERSITI DIGITAL, LESTARI
KUALA LINGGI 22 Ogos - Pelaksanaan UMIS@UNIMEL (University Management Information System) bakal menjadikan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sebagai sebuah institusi...
