
Terima kasih ‘frontliner’- Kamel
AYER KEROH 12 Okt.- Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts Kamel Mohamad merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan khususnya di negeri ini atas khidmat bakti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membendung wabak COVID-19.
Penghargaan itu dizahirkan kepada petugas barisan hadapan berikutan penamatan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri yang bermula tengah malam tadi.
Beliau turut memberikan penghormatan terakhir kepada pasukan keselamatan di SJR Plaza Tol Ayer Keroh, di sini pada jam 11.20 malam tadi.

“Jutaan terima kasih kepada anggota pasukan keselamatan kita.
“Sebagai menghargai penat lelah dan pengorbanan mereka semua marilah kita semua terus mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini,” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Melaka Hari Ini dan disertakan tanda pagar #kitabelummenang
#MELAKAkenaMENANG.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERIย
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos โ Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
