
Mayat remaja lemas di Pantai Puteri ditemui
PANTAI KUNDOR 6 Nov – Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Puteri, hari ini, telah ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Mangsa, M T Sharvin, 16, ditemui oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) kira-kira 30 meter dari tepi pantai.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Khairul Nizam Mohd Anwar, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang berjalan di atas batu pemecah ombak di pantai berkenaan terjatuh ke dalam air.
Katanya, ketika kejadian, mangsa datang ke pantai berkenaan bersama keluarga kira-kira seramai 20 orang.
“Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan PDPA bersama orang awam dan mangsa yang berbaju kemeja biru oren dan berseluar pendek hitam akhirnya ditemui,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LIMA RESOLUSI PERKASA TVET MELAKA
AYER KEROH 11 Julai – Lima resolusi utama hasil Konvensyen TVET Melaka 2026 bakal menjadi teras transformasi negeri dalam memperkasa...
TOK RAUF TITIP LIMA PESANAN BUAT ANAK MUDA
AYER KEROH 11 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menitipkan lima pesanan penting kepada anak muda...
MELAKA KEKAL ANTARA TERTINGGI KEBERHASILAN GRADUAN TVET NEGARA
AYER KEROH 11 Julai – Kadar kebolehpasaran graduan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Melaka kekal antara...
‘MULA MELAKA’ SOKONG USAHAWAN TVET DENGAN DANA RM1 JUTA
AYER KEROH 11 Julai – Kerajaan Negeri memperkenalkan Program MULA Melaka sebagai inisiatif baharu bagi memperkasa usahawan tekno dalam kalangan...
MASJID BAHARU DUN KUALA LINGGI PERLUKAN DANA RM12 JUTA
KUALA LINGGI 11 Julai - Sebuah masjid baharu yang bakal menjadi masjid Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi memerlukan dana...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT RAIH SOKONGAN ANAK MUDA KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 11 Julai - Penyertaan golongan belia pada siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...

