
Pelajar perempuan cuba dilarikan lelaki di hadapan sekolah
JOHOR BAHRU, 25 Nov – Seorang pelajar perempuan berjaya melepaskan diri selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki menaiki Perodua Kancil di hadapan sekolahnya di Taman Molek, Johor Jaya di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak yang mengesahkan polis menerima laporan mengenai kejadian melarikan orang yang tular di media sosial itu berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.50 pagi semasa pelajar berumur 13 tahun itu baru turun daripada van sekolah.
“Pelajar itu menyatakan selepas turun daripada van, sebuah kereta dipandu lelaki tempatan tidak dikenali, datang kepadanya serta meminta dia menghantar satu borang ke sekolah, dan lelaki itu meminta pelajar berkenaan masuk ke dalam kereta, namun dia enggan.
“Kemudian mangsa ditarik masuk ke dalam kereta dan dibawa lari di sekitar Taman Molek kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian, sebelum pelajar itu berjaya melepaskan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pelajar itu kemudiannya meminta bantuan orang awam, dan polis sedang giat berusaha mengesan lelaki berkenaan.
Mohd Sohaimi berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan orang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KOPERASI MELAKA DIDEDAHKAN KEPADA AI, TIKTOK SHOP MENERUSI SEMINAR E-COMMERCE
SERI NEGERI 14 Julai - Kerajaan Negeri menganjurkan Seminar E-Commerce Gerakan Koperasi Negeri Melaka Tahun 2026 yang dilaksanakan pada bulan...
WRUR MERLIMAU: MAIM UKIR SENYUMAN DI WAJAH ASNAF
MERLIMAU 14 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited membela kebajikan asnaf dan ia dizahirkan menerusi program Wakil...
GAJI GURU KAFA MELAKA ANTARA TERTINGGI DI MALAYSIA
SERI NEGERI 14 Julai – Kadar gaji minimum RM1,750 sebulan diterima guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Melaka...
RM1.25 JUTA NAIK TARAF KK BUKIT RAMBAI, TINGKATKAN KESELESAAN RAKYAT
SERI NEGERI 14 Julai - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah melaksanakan tiga projek naik taraf bernilai RM1.25 juta di...
MELAKA SEDIA JADI TUAN RUMAH TERBAIK SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026
SERI NEGERI 14 Julai – Melaka bakal jadi tumpuan negara apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Landskap Negara...
PENDIDIKAN ALIRAN AGAMA MELAKA CEMERLANG
SERI NEGERI 14 Julai – Pencapaian pendidikan aliran agama di Melaka terus menunjukkan prestasi membanggakan apabila kesemua 10 sekolah aliran...

