
TYT, Sulaiman sertai majlis bacaan Yasin dan tahlil di Istana Melaka
BUKIT KATIL 25 Nov – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini, menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersama Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Majlis itu diadakan di Istana Melaka bermula jam 7.30 malam tadi.
Selain majlis tahlil untuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan, ia juga diadakan bersempena ulang tahun kelahiran Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Majlis bacaan Yasin dan Tahlil itu dipimpin Mufti Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad dan Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Abdul Aziz Engan.
Turut hadir Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang baharu dipilih.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
21 BERANAK CIPTA MEMORI HARI KEBANGSAAN DI ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 September - Peluang menikmati kemasukan percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan dimanfaatkan sebaiknya oleh 21 beranak yang memilih...
TAWARAN KEMASUKAN PERCUMA, TUNAIKAN IMPIAN ANAK NAIK MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 1 September - Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 tahun ini memberi makna berbeza buat keluarga Mohammad Noor Hanafi Sham,...
SEMPAT TENGOK BUNGA API SEBELUM LAHIRKAN ‘HERO’ MERDEKA
BANDARAYA MELAKA 1 September - Seorang ibu Nur Farahin Miszan, 32, sempat menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kebangsaan Ke-69...
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...


