
Tun M masih di IJN untuk pemeriksaan lanjut
KUALA LUMPUR, 17 Dis – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan di Institusi Jantung Negara (IJN) di sini.
Menurut kenyataan IJN hari ini, pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ke atas Dr Mahathir dijangka selesai dalam masa beberapa hari lagi.
Berikutan itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang dan Ahli Parlimen Langkawi perlu terus berada di IJN sehingga semua pemeriksaan berkenaan selesai.
“Bagi mematuhi SOP semasa, tiada pelawat dibenarkan melawat beliau,” menurut kenyataan IJN itu.
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 petang semalam bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BUANG SAMPAH: 85 TERMASUK REMAJA DI MELAKA BAKAL JALANI KHIDMAT MASYARAKAT
KLEBANG 13 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka telah mengenal pasti 85 individu di negeri...
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HAKEEM, TEHEL
BEMBAN 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Masjid Al-Hakeem, Tehel sempena...
POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PATI KE MELAKA, LAPAN DITAHAN
TELOK MAS 13 Mac - Cubaan menyeludup masuk lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut tidak kesampaian selepas...
25,000 EKOR AYAM SEGAR MURAH UNTUK ORANG MASJID TANAH
LENDU 13 Mac - Umat Islam di semua lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah berpeluang mendapatkan ayam...
MELAKA SEDIA RM400,000 UNTUK SUMBANGAN AIDILFITRI 2026
LENDU 13 Mac - Sebanyak RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meraikan umat Islam kurang berkemampuan...
KETUA MENTERI SINGGAH SAHUR DI HENRY GURNEY, TITIP NASIHAT BUAT PENGHUNI
TELOK MAS 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terus membuktikan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa)...

