
Operasi pindahkan mangsa banjir di Bukit Kemuning dan Seri Muda diteruskan – MB Selangor
SHAH ALAM, 19 Dis – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata lebih banyak bot akan digunakan untuk membawa keluar dan memindahkan mangsa banjir yang masih terperangkap di Bukit Kemuning dan Seri Muda, di sini malam ini.
“Proses penyelamat akan diteruskan malam ini bagi mengeluarkan semua mangsa yang terkandas. Saya mengambil maklum keadaan kritikal di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam. Segala aset yang sesuai seperti bot telah dikerah untuk membantu proses pemindahan mangsa banjir.
“Saya difahamkan jumlah anggota tentera turut ditambah untuk membantu usaha ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter malam ini.
Menurut Amirudin beliau turut berada di SK Taman Sri Muda selama empat jam siang tadi bagi membantu operasi memindahkan mangsa yang terkandas antaranya, sebuah keluarga yang mempunyai bayi yang baru lahir dan warga emas.
Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar kawasan tersebut mendapati keadaan sekeliling masih bergelap susulan ketiadaan bekalan elektrik selain hubungan telekomunikasi terputus ekoran banjir yang melanda.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 7,000 MERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MELAKA
DUYONG 25 Ogos - Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Negeri Melaka menghimpunkan lebih 7,000 peserta daripada 101 kontinjen, sekali gus...
40 KEDIAMAN ORANG ASLI DUN MACHAP JAYA AKAN DIBAIK PULIH
MACHAP JAYA 25 Ogos - Sebanyak 40 buah kediaman masyarakat Orang Asli di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya...
‘SETIAP HARI SAYA TUNGGU, TAK SABAR NAK PINDAH KE RUMAH BAHARU’
MACHAP JAYA 25 Ogos - Selepas sekian lama terbantut perancangan Ishak Alin, 65, memiliki kediaman sendiri menjadi kenyataan hasil keprihatinan...
ENAM ANUGERAH KHAS BAKAL WARNAI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PADA 29 OGOS INI
AYER KEROH 25 Ogos - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka akan diadakan bersekali dengan Majlis Melaka Berselawat Sempena Merdeka...
PERPADUAN JADI WARISAN BERHARGA BUAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru menjadikan perpaduan dan keharmonian sebagai warisan paling berharga untuk ditinggalkan kepada generasi...
DR. AKMAL HADIRI MUKTAMAR PEMUDA PAS 3 SEPTEMBER
SERI NEGERI 24 Ogos - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS di...
