
Banjir: Lelaki dilapor hilang ditemukan maut di kawasan timbunan kayu
KUANTAN, 26 Dis – Seorang lelaki yang dilapor hilang dalam kejadian banjir di Kampung Tanjung, Karak dekat sini Isnin lepas (20 Dis), ditemukan maut di kawasan timbunan sisa kayu hari ini, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani.
Beliau berkata mayat K. Barathan, 28, ditemukan pada 10.40 pagi oleh orang awam kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi dia dilapor hilang.
Balai Bomba dan Penyelamat Karak pada Isnin menerima panggilan kecemasan membabitkan seorang lelaki disyaki hilang semasa memindahkan barang ketika banjir, dan laporan polis dibuat oleh bapa mangsa setelah anaknya tidak dapat dihubungi.
“Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan di Kampung Tanjung, Karak dan sekitar sungai berhampiran, sebelum orang awam berjaya menemukan mangsa hari ini.
Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
PANGGILAN VIDEO DARI TANAH SUCI BUKTI KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Panggilan video daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini sedang menunaikan ibadah...
MUSIM RAYA, MACHAP UMBOO DIBANJIRI PELANCONG
MACHAP JAYA 25 Mei - Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Machap Umboo sentiasa menjadi acara yang dinantikan saban tahun...
MPJ TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
JASIN 25 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meningkat standard aspek kebersihan dan kesihatan awam melibatkan premis makanan dalam kawasan...
LEGENDA ROTI KOK 90 TAHUN, RENTAS EMPAT GENERASI
MACHAP JAYA 25 Mei - Setiap gigitan rangup mampu menghidupkan kembali kehangatan nostalgia zaman dahulu. Aroma yang dibakar sempurna dapat...
