
Banjir: Dua pusat pemindahan dibuka, 96 mangsa di Melaka setakat 8 pagi
AYER KEROH 1 Jan – Susulan hujan berterusan sejak semalam, Melaka kembali dilanda banjir, hari ini.
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra, setakat jam 8 pagi, seramai 96 mangsa banjir telah dipindahkan membabitkan daerah Alor Gajah.
Katanya, antara yang terkesan ialah Gadek dan Seri Pengkalan membabitkan seramai 29 buah keluarga.
Beliau berkata, setakat ini dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu di Balai Raya Gadek dan SMK Seri Pengkalan.
“Seramai 15 mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Gadek dan 81 mangsa berada di PPS SMK Seri Pengkalan.
“Sementara satu lagi PPS iaitu di SRA JAIM Jelatang kini dalam proses pendaftaran,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini empat kawasan di negeri ini terjejas iaitu Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan dan Jalan Keretapi Lama.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PANGGILAN VIDEO DARI TANAH SUCI BUKTI KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Panggilan video daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini sedang menunaikan ibadah...
MUSIM RAYA, MACHAP UMBOO DIBANJIRI PELANCONG
MACHAP JAYA 25 Mei - Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Machap Umboo sentiasa menjadi acara yang dinantikan saban tahun...
MPJ TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
JASIN 25 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meningkat standard aspek kebersihan dan kesihatan awam melibatkan premis makanan dalam kawasan...
LEGENDA ROTI KOK 90 TAHUN, RENTAS EMPAT GENERASI
MACHAP JAYA 25 Mei - Setiap gigitan rangup mampu menghidupkan kembali kehangatan nostalgia zaman dahulu. Aroma yang dibakar sempurna dapat...
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
