
Mangsa banjir berulang dipertimbang terima bantuan RM1,000 kali kedua – KM
AYER LIMAU 1 Jan – Melaka sedia mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan wang ihsan RM1,000 kali kedua buat mangsa banjir berulang di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang sekali lagi diuji dengan musibah berkenaan dalam tempoh kurang dua minggu.
Katanya, pihaknya sudah mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk mempermudahkan agihan bantuan yang disediakan kerajaan.
“Kita pertimbang sebaik-baiknya. Sebelum ini kita sudah menyalurkan kepada keluarga terjejas (dalam bencana 18 Dis lalu), tapi meraka sekali lagi ditimpa musibah.
“Jadi, jika mereka mangsa banjir kali kedua, kita akan pertimbangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China, di sini, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts Kamel Mohamad, Exco Kerajaan Tempatan Datuk Zaidi Attan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAKUL BELANJA RAKYAT BANTU ORANG MELAKA BERJIMAT
PENGKALAN BATU 26 September - Ikhtiar membantu meringankan kos sara hidup orang Melaka diterjemahkan menerusi inisiatif Penjimatan Bakul Belanja Rakyat....
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT BUKAN SEKADAR NAK MERIAH, TAPI SENTUH KEHIDUPAN AKAR UMBI
PENGKALAN BATU 26 September - Penganjuran Jualan Melaka Sayang Rakyat, menghidupkan suasana malam di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah...
‘ROH MELAKA’ LAHIR DARIPADA KEPELBAGAIAN
BANDA HILIR 26 September - Kepelbagaian budaya, bangsa dan tamadun yang hidup bersama sejak berabad lamanya menjadi antara kekuatan utama...
WARISAN KUIH BULAN JADI TARIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 26 September - Festival Kuih Bulan bukan sekadar wadah meraikan tradisi masyarakat Tionghua, malah berpotensi dikembangkan sebagai produk...
‘ELEMEN VERNAKULAR WAJAR JADI KOMPONEN SAHAJA, BUKAN SEKOLAH’
AYER KEROH 26 September - Sekolah vernakular tidak sepatutnya wujud dalam bentuk sekolah berasingan sebaliknya elemen vernakular hanya perlu dikekalkan...
CADANG SATU RUMAH, SATU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
AYER KEROH 26 September - Satu rumah, satu Perlembagaan Persekutuan dan negeri perlu dijadikan amalan setiap keluarga bagi meningkatkan kefahaman...
