Berpakaian seksi, mengaku pencuci premis

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

MELAKA 1 Jan – Taktik 18 pelayan pelanggan warga Vietnam mengaku bekerja sebagai pencuci premis gagal mengaburi pihak polis apabila dicekup dalam serbuan di pusat hiburan di Taman Melaka Raya, awal pagi tadi.

Serbuan Op Ambang Tahun Baru yang dijalankan sepasukan pegawai anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menahan semua wanita berkenaan pada jam 10.30 malam.

ANTARA 18 wanita warga Vietnam yang ditahan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam serbuan itu pihaknya menahan semua wanita berkenaan berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Katanya, turut ditahan dalam serbuan itu seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun dipercayai penjaga premis.

“Siasatan awal mendapati ada kalangan wanita berkenaan mengaku sebagai pekerja premis termasuk mendakwa bekerja sebagai ‘cleaner’ pusat hiburan berkenaan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati semua wanita berkenaan tidak mempunyai permit kerja yang sah selain menyalah guna pas lawatan sosial dengan berkhidmat sebagai gadis pelayan di negara ini,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan malam tadi.

Semua wanita Vietnam yang ditahan dibawa ke IPD Melaka Tengah untuk tindakan lanjut

Mengulas lanjut, ujian saringan air kencing mendapati dua daripada 18 wanita berkenaan positif dadah jenis methampetamine.

“Dalam operasi berkenaan, polis turut menahan 13 lelaki tempatan dan semua tangkapan dibawa ke IPD Melaka Tengah untuk tindakan lanjut.

“Penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 kerana menggaji pendatang tanpa izin manakala semua wanita berkenaan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas atau permit yang dikeluarkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1058
Kongsi :
Previous post Kuih bakar terpanjang catat Malaysia Book Record
Next post Mangsa banjir berulang dipertimbang terima bantuan RM1,000 kali kedua – KM
Ubah saiz-+=