Kuih bakar terpanjang catat Malaysia Book Record

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

ALOR GAJAH 1 Jan- Melaka mencipta Malaysia Book of Record apabila menghasilkan kuih bakar terpanjang di Malaysia menerusi Melaka Food Fiesta 2022.

Program anjuran kerajaan negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) itu berjaya menghasilkan susunan sebanyak 1,800 biji kuih bakar sepanjang 207.7 meter.

SUSUNAN sebanyak 1,800 biji kuih bakar sepanjang 207.7 meter.

Pengurus Besar BPP, Sha’ari Basiron berkata kesemua kuih bakar itu merupakan hasil tangan masyarakat tempatan.

Katanya, hasil jualan kuih bakar tersebut akan disalurkan kepada Tabung Misi Bantuan Pasca Banjir Melaka.

“Ini merupakan satu kebanggaan kepada Melaka kerana berjaya memecahkan rekod Malaysia Book Of Record secara keseluruhan dengan penghasilan kuih bakar ini.

“Hari ini kita ada lebih 1,800 kuih bakar yang mana ia akan dijual pada harga RM5 untuk dua biji.

“Kita akan buat jualan amal dan kita harap sebahagian hasil jualan kita dapat menyumbang kepada misi bantuan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menerima sijil penganugerahan Malaysia Book Of Record pada program Melaka Food Fiesta 2022 di Dataran Keris, di sini, hari ini.

SHA’ARI

Mengulas lanjut, beliau berkata, penganjuran Melaka Food Fiesta dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Majlis Perbandaran Alor Gajah itu antara lain bertujuan produk makanan tradisional.

Katanya, antara makanan tradisional yang diketengahkan termasuklah dari etnik Baba dan Nyonya, Chetti, Melayu dan lain-lain.

“Ini peluang kepada pengunjung di sekitar Alor Gajah dan luar Melaka untuk merasai keunikan makanan tradisional negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1508
Kongsi :
Previous post Rim Charity inisiatif baik bantu mangsa banjir
Next post Berpakaian seksi, mengaku pencuci premis
Ubah saiz-+=