Rim Charity inisiatif baik bantu mangsa banjir

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

RIM 1 Jan – Rim Charity Fun Ride 2022 yang diadakan bagi mengutip dana membantu mangsa banjir mendapat sambutan apabila lebih 200 peserta menyertai program itu, hari ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, beliau mewakili kerajaan negeri menyambut baik inisiatif yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar dalam membantu meringankan beban mangsa banjir.

“Saya dimaklumkan program ini mendapat lebih 200 penyertaan bukan sahaja dari Melaka malah turut disertai dari Port Dickson, Negeri Sembilan; Kuala Langat, Selangor serta Muar dan Tangkak juga.

“Malah kutipan dana diterima juga memberangsangkan dalam usaha membantu mangsa banjir yang terkesan dan saya alu-alukan program sebegini dalam kita hadapi fenomena cuaca tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Rim Charity Fun Ride 2022 dan Kenduri Kesyukuran DUN Rim, di Japerun Rim, hari ini.

Menurut beliau, selain mengutip dana program ini secara tidak langsung dapat mewujudkan sukarelawan di setiap kawasan khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ini adalah usaha yang baik dilakukan oleh YB Rim dan saya harap ramai golongan muda dan belia dapat sama-sama menyertai sukarelawan ini.

“Mereka ini bukan sahaja dapat menjadi sukarelawan tetapi dalam masa sama dapat pengalaman membantu dan menangani mereka yang ditimpa bencana,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1171
Kongsi :
Previous post Tarif elektrik di Semenanjung kekal mulai 1 Januari 2022 hingga ke tarikh dimaklumkan kelak
Next post Kuih bakar terpanjang catat Malaysia Book Record
Ubah saiz-+=