
Menunggang motosikal secara berbahaya: Sembilan termasuk dua pelajar ditahan
SEREMBAN, 2 Jan – Polis menahan sembilan lelaki termasuk dua pelajar sekolah kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua mereka yang berumur 17 hingga 22 tahun ditahan oleh polis dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman menerusi Operasi Samseng Jalanan antara pukul 12.30 tengah hari dan 2 petang.
“Mereka melakukan aksi seperti berlumba atau bersaing sesama sendiri, membuat aksi zig-zag di lebuh raya, menunggang sambil meletak kaki atas motor (ala superman) dan aksi membongkok badan semasa menunggang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata semua mereka bersama motosikal masing-masing yang digunakan untuk melakukan aksi berkenaan dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PANGGILAN VIDEO DARI TANAH SUCI BUKTI KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Panggilan video daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini sedang menunaikan ibadah...
MUSIM RAYA, MACHAP UMBOO DIBANJIRI PELANCONG
MACHAP JAYA 25 Mei - Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Machap Umboo sentiasa menjadi acara yang dinantikan saban tahun...
MPJ TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
JASIN 25 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meningkat standard aspek kebersihan dan kesihatan awam melibatkan premis makanan dalam kawasan...
LEGENDA ROTI KOK 90 TAHUN, RENTAS EMPAT GENERASI
MACHAP JAYA 25 Mei - Setiap gigitan rangup mampu menghidupkan kembali kehangatan nostalgia zaman dahulu. Aroma yang dibakar sempurna dapat...
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
