Banjir: Tiga jalan utama Masjid Tanah dan Alor Gajah ditutup – KM

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BATU BERENDAM 2 Jan- Tiga jalan utama ditutup melibatkan Jalan Lubok China, Jalan Kuala Sunggah, Batang Melaka dan Jalan Angkasa Nuri susulan banjir melanda kawasan terbabit.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama, Sulaiman Md Ali berkata penutupan jalan terbabit melibatkan kawasan di Masjid Tanah dan Alor Gajah.

Katanya, banjir yang berlaku menyebabkan ketiga-tiga daerah di Melaka terjejas dan setakat jam 4 petang, sebanyak 19 Pusat Penempatan Sementara (PPS) telah dibuka.

“Keadaan terkini banjir di ketiga-tiga daerah dalam Melaka masih tidak mengalami pengurangan, keadaan air masih dalam keadaan termenung dan paras air dijangka meningkat.

“Setakat ini tiga jalan terpaksa ditutup ekoran banjir di ke Jalan Lubok China, Jalan Kuala Sunggah, Batang Melaka dan Jalan Angkasa Nuri.

“Hal ini berikutan hujan berterusan dari jam 12 pagi 31 Dis lalu dan menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan rumah penduduk yang rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di PPS SK Taman Merdeka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts Kamel Mohamad, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Hal Ehwal Wanita Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin.

Setakat jam 4 petang tadi, jumlah mangsa terjejas di Melaka mencatatkan seramai 1,661 mangsa melibatkan 429 keluarga di 27 kawasan terjejas dalam semua daerah di negeri itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2900
Kongsi :
Previous post Menunggang motosikal secara berbahaya: Sembilan termasuk dua pelajar ditahan
Next post Banjir: 19 PPS dibuka, tempatkan lebih 1,600 mangsa
Ubah saiz-+=