Banjir: 19 PPS dibuka, tempatkan lebih 1,600 mangsa

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 2 Jan- Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Melaka terus meningkat kepada 1,661 mangsa setakat jam 4 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah PPS yang dibuka juga meningkat kepada 19 dengan beberapa lagi kawasan merekodkan pertambahan jumlah mangsa.

Katanya, setakat ini daerah Alor Gajah sebanyak 10 PPS, manakala sebanyak tujuh PPS di Melaka Tengah dan dua PPS di Daerah Jasin.

“Jumlah masa tertinggi di PPS pada ketika ini ialah di PPS SK Krubong iaitu seramai 303 mangsa, diikuti PPS SRA JAIM Jelatang (215), PPS SK Taman Merdeka (215), PPS SMK Seri Pengkalan (165) dan PPS SK Batu Beremdam 1 (162).

“Jumlah kawasan terjejas turut meningkat kepada 27 kawasan pada petang ini membabitkan 14 di daerah Alor Gajah, sembilan di Melaka Tengah dan empat di Jasin,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata di Alor Gajah, kawasan terjejas melibatkan Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau, Kampung Telok Berembang, Kampung Bukit Balai, Kampung Gangsa dan Taman Angkasa Nuri.

Manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya, Taman Tambhy Chik Karim, Rumah Awam Peringgit dan Kampung Bachang Darat, Balai Panjang dan Bertam Malim.

Di Jasin pula, kawasan yang terjejas ialah di Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang dan Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Tasek.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

760
Kongsi :
Previous post Banjir: Tiga jalan utama Masjid Tanah dan Alor Gajah ditutup – KM
Next post Banjir: Kesiapsiagaan bomba pada tahap optimum, termasuk hadapi air pasang besar
Ubah saiz-+=