
Banjir: Agih makanan masak kepada mangsa di Peringgit
PENGKALAN BATU 2 Jan – Skuad Agihan Zakat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) hari ini turun padang mengagihkan makanan kepada penduduk di Taman Rumah Awam Peringgit yang terkesan banjir.
Agihan makanan masak itu turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Peringgit.
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, agihan di kawasan itu dilakukan berikutan masih terdapat penduduk yang belum mahu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran.
“Mereka belum mahu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana mahu menjaga keselamatan barangan di dalam rumah dan sedang berwaspada sekiranya cuaca masih lagi hujan sehingga ke tengah malam nanti.
“Agihan makanan itu diharap sedikit sebanyak dapat membantu penduduk di kawasan terbabit dalam membuat urusan menyelamatkan harta benda serta bersedia dalam sebarang bentuk kemungkinan menghadapi air pasang besar dan hujan yang masih belum berhenti,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, MAIM turut mendoakan semua mangsa banjir di negeri ini dipermudahkan segala urusan dan sentiasa tenang serta sabar dalam mengharungi ujian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BERSELAWAT, PROGRAM PATRIOTIK WARNAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA
KLEBANG 3 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka di Persiaran Dataran Klebang dari 29 hingga 31 Ogos...
IBU TUNGGAL SEBAK, JELAJAH KETUA MENTERI MAKBULKAN DOA BAIKI RUMAH UZUR
TELOK MAS 3 Ogos - Seorang ibu tunggal tidak dapat menahan sebak apabila hasratnya untuk membaiki kediaman yang uzur akhirnya...
IBU BAPA PUJI KOMITMEN MELAKA SAYANGI ANAK ISTIMEWA
DUYONG 3 Ogos - Usaha Kerajaan Negeri Melaka memperluas akses pemulihan dan terapi untuk anak-anak istimewa mendapat pujian ibu bapa...
AYAM RM5 TOK RAUF BAWA MAKNA BESAR UNTUK RAKYAT
TELOK MAS 3 Ogos - Lebih 2,000 ekor ayam ‘licin’ terjual menerusi inisiatif Program Jualan Murah Ayam RM5 Tok Rauf...
PENANTIAN 30 TAHUN NELAYAN TANJUNG NIBONG BERAKHIR
TELOK MAS 3 Ogos - Penantian kira-kira 30 tahun komuniti nelayan Tanjung Nibong, di sini, untuk menikmati kemudahan jeti yang...
DUYONG HIMPUN SEMUA, TOK RAUF SANTUNI SEGENAP LAPISAN RAKYAT
DUYONG 3 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong menyantuni pelbagai lapisan masyarakat menerusi empat...
