
Mayat bayi ditemui atas papan kayu
KUALA LUMPUR, 8 Jan – Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemukan beralaskan papan kayu di kawasan rumput di Flat Danau Kota, Setapak hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam pada pukul 8.21 pagi tadi.
“Hasil penemuan di tempat itu mendapati mayat yang dijumpai dipercayai berumur sehari, jantina perempuan dan bangsa tidak pasti,” katanya dalam kenyataan.
Ashari berkata tiada kecederaan ditemukan pada mayat bayi berkenaan yang kemudiannya dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Beliau berkata kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit.
Ashari memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menerusi talian 03-92899222 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEGENDA ROTI KOK 90 TAHUN, RENTAS EMPAT GENERASI
MACHAP JAYA 25 Mei - Setiap gigitan rangup mampu menghidupkan kembali kehangatan nostalgia zaman dahulu. Aroma yang dibakar sempurna dapat...
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...
ZIARAH KASIH JADI RUTIN ‘AH SEM’
MACHAP JAYA 24 Mei - Nasib rakyat memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus terbela menerusi inisiatif...
