
Hampir 9 juta dos penggalak diberikan sehingga semalam – Khairy
KUALA LUMPUR, 14 Jan – Hampir sembilan juta dos penggalak telah diberikan setakat malam tadi (11.59 malam), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin
Beliau menjangkakan jumlah itu akan melepasi 10 juta minggu depan kerana kerajaan sedang meningkatkan usaha menggalakkan lebih ramai individu mendapatkan suntikan dos penggalak.
“Hasil daripada program dos penggalak dipercepatkan, ditambah dengan prosedur operasi standard (SOP), kapasiti hospital kekal terkawal walaupun terdapat lonjakan kes import Omicron,” katanya dalam ciapan terkini di akaun Twitter beliau.
Mengambil contoh Sarawak, Khairy berkata negeri itu merekodkan kes harian melebihi 3,000 sebelum memulakan program suntikan dos penggalak pada Oktober lepas.
“Kes harian kini sudah menurun kepada dua angka, dengan setiap penunjuk turun melebihi 90 peratus sejak September. Dapatkan dos penggalak,” katanya.
Minggu lepas, Khairy berkata empat pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 mega di Lembah Klang akan mula beroperasi esok untuk menawarkan suntikan dos penggalak dalam usaha meningkatkan kadar pengambilan bagi dos ketiga itu.
Empat PPV mega itu adalah PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), PPV Axiata Arena Bukit Jalil, PPV Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkal, Klang.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ORANG SELANGOR, PAHANG PILIH SAMBUT MERDEKA DI MELAKA
KLEBANG 31 Ogos - Kredibiliti Melaka menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan yang meriah ternyata bukan sahaja menarik rakyat tempatan, malah turut...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: MELAKA RIVER CRUISE JADI TUMPUAN
BANDA HILIR 31 Ogos - Tawaran kemasukan percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 digunakan oleh pengunjung tempatan dan luar negara...
HARI KEBANGSAAN MELAKA LAKAR SEJARAH, REKOD LEBIH 150,000 PENGUNJUNG
KLEBANG 31 Ogos - Lebih 150,000 pengunjung memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2026 yang diadakan di Klebang sepanjang...
KETUA MENTERI SEBAK LIHAT SOKONGAN RAKYAT MELAKA SEMARAK HARI KEBANGSAAN
KLEBANG 31 Ogos - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak dapat menyembunyikan rasa sebak melihat sokongan...
GELAGAT 500 GURU KAFA PIKAT PERHATIAN, RAIH ANUGERAH KONTINJEN CERIA
KLEBANG 31 Ogos - Langkah seiring, pakaian seragam dan wajah penuh ceria menjadi cerminan semangat Persatuan Guru-Guru Jabatan Agama Islam...
BOLEH BERBEZA PENDAPAT, JANGAN HILANG HORMAT
KLEBANG 31 Ogos - Perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi alasan untuk rakyat meruntuhkan perpaduan yang dibina sejak sekian lama, sebaliknya...
