
Melaka bina lebih banyak rumah mampu milik tampung permintaan – KM
LENDU 15 Jan- Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menerima lebih 18,000 permohonan rumah mampu milik di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, rumah mampu milik yang bernilai RM180,000 mempunyai permintaan yang tinggi dalam negeri ini.
Katanya, bagi permohonan rumah kos rendah dan sederhana LPM menerima sebanyak 4,000 permohonan.
“Kerajaan negeri menerusi LPM akan membina lebih banyak rumah mengikut permintaan dan penawaran jenis rumah termasuk pembinaan rumah belia dan rumah transit.
“Memang sudah tugas kita (kerajaan) menyediakan rumah yang mampu dijual dengan harga mampu milik dalam negeri ini jadi kita akan laksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis penyerahan Kunci Rumah kepada Rohaya Mat Din dalam Program Melaka Rumahku di Kampung Air Hitam, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Eksekutif LPM Mohd Salleh Hamidom.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
IBU ENAM ANAK LEGA, MILIKI RUMAH SENDIRI
PENGKALAN BATU 5 Ogos - Impian Maszurah Husin @Bujal, 55, untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya menjadi kenyataan apabila dia dipilih...
WRUR: PAYA RUMPUT HARMONI, SEMUA KAUM DISANTUNI
PAYA RUMPUT 5 Ogos - Keharmonian masyarakat berbilang kaum terus menjadi kekuatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput apabila program...
‘USIA HANYA ANGKA’, RAHMAD PUJI KEPIMPINAN AB RAUF
AYER MOLEK 5 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah...
KAK SOM TERUSKAN USAHA SELESAI MASALAH RAKYAT
PENGKALAN BATU 5 Ogos - Aduan belum selesai yang disuarakan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu sepanjang Program...
AB RAUF PERKASA USAHAWAN, PENJAJA KECIL AYER MOLEK
AYER MOLEK 4 Ogos – Komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus dizahirkan apabila Ketua Menteri...
SENYUMAN, HARAPAN, KISAH RAKYAT WARNAI JELAJAH KETUA MENTERI DUN AYER MOLEK
AYER MOLEK 4 Ogos - Senyuman rakyat yang menerima khabar gembira memberikan makna besar buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...

