
MITC Sdn Bhd peruntukan kira-kira 50,000 bantuan alat pencegahan Covid-19
TABOH NANING 15 Ogos – Management International Trade Consultancy (MITC) Sdn Bhd memperuntukkan kira- kira 50,000 bantuan alatan pencegahan Covid- 19 termasuk kit makanan untuk diagihkan khusus buat petugas barisan hadapan.
Penasihatnya Kamaruzaman Sulaiman berkata, agihan itu sudah dijalankan pihaknya sejak bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Antara alatan pencegahan diberikan adalah pelitup muka serta cecair pembasmi kuman bebas alkohol yang diharap dapat memberi manfaat kepada ‘frontliners’ yang berdepan ancaman Covid-19.
“Sehingga kini kira- kira 500 botol pembasmi kuman dan 250 kotak pelitup muka sudah diagihkan ke tiga negeri masing- masing Melaka, Johor dan Perak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Syarikat MITC Sdn Bhd, di Taboh Naning.
Menurut beliau, pihaknya juga berhasrat untuk membekalkan peralatan itu kepada petugas barisan hadapan melalui agensi-agensi di kementerian.
“Selain itu, kami turut komited membantu golongan B40 yang memerlukan pelitup muka serta keperluan barangan asas,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
