
CAC MITC sesak dengan pesakit COVID-19?
AYER KEROH 7 Feb – Anggaran ratusan kenderaan dilihat beratur panjang menuju ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Ia dipercayai berikutan pertambahan kes harian COVID-19 yang direkodkan dalam negara dan negeri sejak akhir-akhir ini.
Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati kenderaan itu mula beratur sekitar jam 9 pagi untuk mendapatkan penilaian kesihatan secara pandu lalu di CAC disediakan.
Setakat jam 11 pagi didapati kenderaan sudah beratur sehingga ke bulatan MITC hingga menyebabkan berlakunya sedikit kesesakan.

Turut dilihat terdapat beberapa petugas ditempatkan bagi menjaga lalu-lintas untuk masuk ke perkarangan CAC.
Untuk rekod, CAC MITC merupakan pusat penilaian COVID-19 bagi pesakit di daerah Melaka Tengah.
Sebelum ini CAC Melaka ditempatkan di Bukit Serindit, sebelum berpindah ke MITC bermula 4 Jan lalu.
CAC berfungsi untuk menjalankan penilaian kesihatan bagi pesakit COVID-19, selain pemakaian gelang dan penyerahan surat arahan kuarantin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...

