
SPRM serbu pejabat MARA siasat dakwaan salah laku
KUALA LUMPUR, 7 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA), susulan dakwaan isu integriti membabitkan beberapa pegawai kanan agensi berkenaan.
Menurut sumber SPRM, serbuan dijalankan di Ibu pejabat MARA, Ibu Pejabat MARA Corporation dan di sebuah syarikat setiausaha korporat di sekitar ibu kota bermula kira-kira pukul 10.30 pagi tadi melibatkan seramai 11 pegawai.
Difahamkan serbuan berkenaan bagi mengumpul dokumen berkaitan salah laku yang dikaitkan dengan beberapa pegawai agensi itu yang sebelum ini ditularkan di laman sosial.
Pada Sabtu, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi berkenaan.
SPRM memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan itu dan siasatan akan dijalankan bermula Isnin dengan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation.
“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 yang berkaitan dengan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
MELAKA TAK LOKEK DEMI MEMPERKASA SEKTOR PENDIDIKAN
TANJUNG BIDARA 15 Mei - Akses pendidikan untuk anak Melaka bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, seterusnya menara grading...
NALURI JURURAWAT MEMANG SENTIASA MAHU MEMBANTU
LENDU 16 Mei - Menerima penghargaan disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dianggap sebagai penyuntik...
SEPETANG WARISAN SANTAI @ BANDA HILIR HIDUPKAN SUKAN RAKYAT
BANDA HILIR 15 Mei - Kawasan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional...
MINDEF TINGKAT PERUNTUKAN WBL ATM KEPADA HAMPIR RM10 JUTA, SASAR 1,500 ANGGOTA
SUNGAI UDANG 15 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperluaskan pelaksanaan Program Work-Based Learning (WBL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun ini...
