
2,500 murid Melaka terima bantuan sekolah RM200
AYER KEROH 10 Feb – Seramai 2,500 murid daripada 241 buah sekolah rendah di negeri ini menerima bantuan persekolahan bagi sesi 2022.
Bantuan persekolahan membabitkan peruntukan berjumlah RM500,000 itu disampaikan dalam satu majlis di sebuah hotel, di sini, hari ini.
Simbolik penyerahan telah disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali kepada guru besar setiap sekolah sebelum diagihkan kepada murid yang terlibat.
Sulaiman dalam ucapannya berkata, bantuan persekolahan kepada murid sekolah rendah telah dinaikkan daripada RM150 sebelum ini kepada RM200 bagi sesi 2022.
Ia katanya, selari dengan peruntukan yang diumumkan dalam Bajet 2022 Negeri Melaka yang meletakkan kepentingan pendidikan sebagai agenda utama transformasi negeri.
“Kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan pelbagai program dan dasar pembangunan termasuklah dalam bidang pendidikan.
“Semua ini diharap mampu memberi manfaat kepada seluruh rakyat khususnya kepada para pelajar yang menjadi modal insan berkualiti Melaka pada masa hadapan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,047 PESERTA IMARAH MAJLIS MAHABBAH RAMADAN HAWA 2026
BANDA HILIR 1 Mac-Majlis Mahabbah Ramadan anjuran Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) 2026 menghimpunkan seramai 1,047...
KEGEMBIRAAN 84 ANAK YATIM, ASNAF WARNAI Q’ASEH RAMADAN
AYER KEROH 1 Mac - Program Q’aseh Ramadan 2026 diharap dapat menjadi pemangkin kepada penyatuan umat Islam serta mengimarahkan masjid...
LELAKI TULAR BERPAUT PADA KERETA BEKAS ISTERI DITAHAN
JOHOR BAHRU 1 Mac - Polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tular yang memaparkan dirinya berpaut...
PELUANG DAPAT ‘E-WALLET’ RM20 DI 4 BAZAR RAMADAN RAHMAH MELAKA
AYER KEROH 1 Mac - Pengunjung terawal dan bertuah berpeluang menerima baucar RM20 e-Wallet Touch ‘n Go (TNG) sempena penganjuran...
ADUAN BERTAHUN SELESAI DI BAWAH ‘TOK RAIS’
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pelbagai aduan melibatkan lampu jalan, turapan jalan serta kemudahan awam di bawah kawasan Hujong Padang...
SCIENTEX BINA 3,700 RUMAH MAMPU MILIK DI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pembangunan projek perumahan berskala besar seluas 528 ekar (213.6 hektar) oleh Scientex Heights Sdn Bhd...
