Melaka sedia program pecutan terakhir, bantu 11,355 calon SPM

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 10 Feb – Seramai 11,355 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi akademik 2021 di Melaka akan dibantu menerusi satu program pecutan terakhir SPM.

Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri itu akan diadakan bermula 14 hingga 17 Feb ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, program itu diadakan sebagai tanda prihatin terhadap calon SPM 2021 yang berdepan kesukaran dan gangguan proses pengajaran serta pembelajaran secara bersemuka akibat pandemik COVID-19.

Jelas beliau, fokus program itu akan tertumpu kepada tiga subjek teras utama SPM iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Jelasnya, ia akan dikendalikan oleh guru-guru pakar dan guru cemerlang yang dipilih Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

“Saya berdoa semoga program ini berjalan lancar dan semua calon SPM kita akan menduduki peperiksaan ini dengan selamat dan bersemangat, seterusnya memperoleh kejayaan cemerlang nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Sekolah Rendah Sesi Akademik 2022 dan Pelancaran Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Untuk Calon SPM 2021 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari, EXCO Pendidikan Datuk Rais Yasin, Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) Datuk Mustafa Musa dan Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka Dr Mohd Azam Ahmad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1106
Kongsi :
Previous post 2,500 murid Melaka terima bantuan sekolah RM200
Next post Isu buka sempadan dibincangkan di kabinet – Hishammuddin
Ubah saiz-+=