
MPHTJ bakal ‘hidupkan’ kembali Melaka Mall
AYER KEROH 24 Ogos – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bercadang untuk mengembalikan kegemilangan bangunan Melaka Mall, di sini, yang kini seolah-olah kelihatan sepi tanpa pengunjung.
Yang Dipertuanya Shadan Othman berkata, pihaknya bakal melakukan beberapa perancangan dalam masa terdekat termasuklah membaik pulih bangunan berkenaan.
“Sudah pasti kami ada buat beberapa perancangan dalam masa terdekat antaranya untuk memperbaiki bangunan ini sendiri.
“Selain itu MPHTJ juga ada buat perancangan untuk menarik semula peniaga-peniaga di kawasan ini untuk berniaga semula.
“Mungkin sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak sukar untuk peniaga kembali berniaga disebabkan kekangan kewangan dan sebagainya. Tapi InsyaAllah kami akan sediakan insentif-insentif yang baik untuk mereka selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2020 di Melaka Mall, baru-baru ini.
Terdahulu, tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi berkenaan mendapati bangunan itu semakin menghampiri taraf ‘bangunan tinggal’ apabila kebanyakan kedai di situ tidak beroperasi lagi.
Views:
Related


Berita Lain
‘TOK RAUF BANYAK BANTU RAKYAT, SAYA DOAKAN DIA PANJANG UMUR’
TABOH NANING 4 September - Bertahun-tahun hidup dalam rumah yang semakin uzur, beratapkan bumbung yang bocor dan tiang yang mula...
25 EDISI MELAKA BILA LARUT MALAM JANA RM2.89 JUTA
BANDARAYA MELAKA 4 September - Inisiatif Melaka Bila Larut Malam berjaya menjana pendapatan mencecah RM2.89 juta sepanjang 25 edisi sejak...
FATIN MAHU JADI ANAK KAMPUNG BUKIT PAYUNG PERTAMA GENGGAM IJAZAH SARJANA
TABOH NANING 4 September - Pelbagai inisiatif dan bantuan disediakan Kerajaan Negeri dimanfaatkan sepenuhnya oleh belia masyarakat Orang Asli dari...
KARNIVAL SUNGAI UDANG KAMPUNG KITA LERAI PENANTIAN DUA DEKAD
TABOH NANING 4 September - Penantian lebih 20 tahun masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang untuk memiliki Sekolah...
LAMAN SANTAI SRI NANING JADI PUSAT AKTIVITI KOMUNITI, MERCU TANDA BAHARU TABOH NANING
TABOH NANING 4 September - Laman Santai Sri Naning di Taman Sri Naning bakal menjadi lokasi tumpuan terbaharu bagi aktiviti...
MELAKA GEOPARK UNIK, LAIN DARIPADA YANG LAIN
BANDARAYA MELAKA 4 September - Aspiring Melaka Geopark dilihat mempunyai keunikan tersendiri berbanding geopark lain apabila 29 geotapak yang dikenal...
