
Jenazah ibu Abdul Ghafaar selamat dikebumikan
ASAHAN 24 Ogos – Jenazah ibu kepada Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Asahan, lepas Zohor tadi.
Menurut sumber rapat, Allahyarhamah Rajijah Osman, 84, meninggal dunia kira-kira jam 8.30 pagi tadi akibat sakit tua.
Majlis pengebumian itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam.
Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama-sama pemimpin tertinggi Kerajaan Negeri Melaka dan wakil-wakil rakyat yang lain.
Terdahulu, Abdul Ghafaar dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan mengenai berita tersebut tengah hari tadi.
“Dimaklumkan ibu saya Rajijah Osman telah meninggal dunia pagi tadi. Diharap kalian semua dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu saya.
“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah syurga sebagai tempat peristirahatannya,” tulisnya.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: JASMINE MAHU ANAK MUDA KEMBALI BERKARYA DI BANDAR HILIR
AYER KEROH 31 Oktober - Meskipun diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Bandar...
TOK AJAK YAKIN TELOK MAS ‘KEKAL BIRU’
TELOK MAS 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman yakin...
PRN MELAKA JADI PENTAS FORMULA POLITIK BAHARU UMNO-PAS MENUJU PRU – MOHAMED KHALED
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Kerjasama UMNO dan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berpotensi menjadi formula politik...

