
Muafakat Nasional: ‘Satu lipatan yang tak perlu dibuka lagi’ – Ahmad Zahid
“Bukan kita tidak mahuΒ malah kita yang memulakan. Kalau hidung tak mancung, kenapa pipi mesti tersorong-sorong,” katanya ringkas dalam sidang media ketika meninjau Pusat Daerah Mengundi Kota Kecil Timur di sini hari ini.
Turut sama dalam tinjauan Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN),Β adalah calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) SediliΒ Muszaidi Makmor dan DUN Johor Lama Norlizah Noh.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang mengatakan bahawa MN masih belum berkubur dan tidak ada mana-mana parti yang mengisytiharkan pembubarannya.
Katanya status MN akan dilihatΒ semula selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
βBelum ada kubur, belum ada batu nisan dan tiada siapa mengisytiharkan Muafakat Nasional ditamatkan. Secara prinsipnya, walaupun dia tak nampak hidup tapi dia tak mati, statusnya sebagaimana ada,β kata Tuan Ibrahim di Muar semalam.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata prestasi Datuk Hasni MohammadΒ sebagai Menteri Besar Johor amat mengagumkan meskipun tempoh perkhidmatan beliau singkat.
“DariΒ Mac 2020 hingga DUN dibubarkan, prestasi yang diperlihatkan oleh beliau amat mengagumkan. Dalam tempoh yang paling singkat, beliau telah dapat memberikan kemajuan yang sepatutnya kepada negeri Johor,” katanya.
Beliau turut memberi jaminan bahawa keseluruhan janji BN di dalam manifesto Ikhtiar BN JohorΒ akan dilaksanakan sepenuhnya.
BN, yang meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN, sebelum ini menyatakan bahawaΒ Hasni akan terus menjadi Menteri Besar sekiranya parti itu mendapat mandat baharu dalam PRN Johor.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian bagi PRN Johor dan undi awal pada 8 Mac ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


