
Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus menurun
Di TERENGGANU, seramai 993 orang daripada 297 keluarga ditempatkan di lima PPS di Hulu Terengganu setakat 8 malam ini, berkurang berbanding 1,952 orang daripada 563 keluarga pada 2 petang tadi.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan tiada lagi sungai yang melepasi paras bahaya setakat ini.
Sementara itu, di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus berkurangan apabila 3,308 orang daripada 1,022 keluarga masih ditempatkan di 10 PPS di daerah Pasir Mas dan Tumpat setakat 7 malam ini, berbanding 3,879 orang daripada 1,218 keluarga tengah hari tadi.
JPS melalui laman sesawang turut melaporkan semua sungai utama di Kelantan berada pada paras biasa. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
385 RAKYAT MELAKA TERIMA MANFAAT PROGRAM LESEN PERCUMA
SERI NEGERI 15 Julai - Sebanyak 385 permohonan Program Lesen Memandu Percuma Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) diluluskan setakat 30 Jun...
KERAJAAN NEGERI BANTU PERCEPAT PROSES PERMOHONAN PUSAT JAGAAN
SERI NEGERI 15 Julai - Beberapa langkah proaktif telah diambil Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam mengatasi kelewatan...
4 ADUN DAP KINI DI BLOK PEMBANGKANG, PENGERUSI PH MELAKA KEKAL DI BLOK KERAJAAN
SERI NEGERI 15 Julai - Hari terakhir Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, hari ini, menyaksikan...
ENAM ACARA UTAMA MERIAHKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026 HUJUNG MINGGU INI
AYER KEROH 15 Julai - Festival Sungai Melaka 2026 terus menghangatkan kalendar pelancongan negeri dengan enam acara akan berlangsung di...
MELAKA TAWAR KEMASUKAN PERCUMA PRODUK PELANCONGAN PADA 31 OGOS
SERI NEGERI 15 Julai - Rakyat Malaysia dipelawa untuk bersama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Melaka dan menikmati...
KOPERASI MELAKA DIDEDAHKAN KEPADA AI, TIKTOK SHOP MENERUSI SEMINAR E-COMMERCE
SERI NEGERI 14 Julai - Kerajaan Negeri menganjurkan Seminar E-Commerce Gerakan Koperasi Negeri Melaka Tahun 2026 yang dilaksanakan pada bulan...
