
JAKIM siasat dakwaan sotong ring daripada dubur atau usus babi
AYER KEROH 5 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil maklum berhubung isu tular sotong ring yang didakwa dengan beberapa versi sebagai dubur atau usus babi yang dijual di pasaran Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff menerusi satu kenyetaan media memaklumkan perkara itu sedang dalam siasatan pihaknya dan beberapa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bersama Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
JAKIM memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sehingga hasil siasatan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AKADEMIK DAN KEROHANIAN PERLU SEIRING BENTUK GENERASI MELAKA CEMERLANG
TABOH NANING 22 November – Pembangunan modal insan bagi melahirkan generasi berkualiti, berilmu dan berakhlak mulia perlu dilaksanakan secara berterusan...
TAMBAH BEKALAN AYAM, BARANGAN ASAS PROGRAM JUALAN RAHMAH DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 22 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Dr. Mustafa Musa bercadang mengadakan rundingan bersama...
RM9.5 JUTA PACU PEMBANGUNAN, MPJ PERKUKUH KEMUDAHAN JASIN
JASIN 22 November - Peruntukan pembangunan berjumlah RM9.5 juta direkodkan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sehingga Oktober 2026 bagi memastikan pembangunan...
KERUSI RODA BAHARU, SINAR KECERIAAN BUAT ADIK FAWZIAH
MERLIMAU 22 November – Keperluan sebuah kerusi roda yang lebih selesa buat adik Farwizah akhirnya mendapat perhatian apabila kemudahan baharu...
MPHTJ BERJAYA SELESAIKAN 84 PERATUS DARIPADA KESELURUHAN 3,800 ADUAN DITERIMA
AYER KEROH 22 November - Sebanyak 3,800 aduan diterima Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sejak Januari hingga kini, dengan...
AMALAN KITAR SEMULA MBMB BANTU KEPERLUAN HOSPITAL
AYER KEROH 22 November – Amalan kitar semula di Melaka turut memberi manfaat kepada sektor kesihatan apabila beg kertas terpakai...
