
Banjir di Terengganu pulih, mangsa di Kelantan berkurangan
Di TERENGGANU, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Hulu Terengganu ditutup secara rasmi pada pukul 1 tengah hari dan semua 477 mangsa daripada 160 keluarga, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, pihaknya masih bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan sebarang perubahan cuaca, di sekitar kawasan mereka.
Sementara itu, di KELANTAN jumlah mangsa banjir yang berlindung di sembilan PPS di Pasir Mas dan Tumpat, berkurang kepada 2,260 orang daripada 692 keluarga berbanding 2,730 orang daripada 836 keluarga pagi tadi.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawang turut melaporkan, semua sungai utama di negeri itu kini berada pada paras biasa. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PH UMUM 21 CALON BERTANDING PADA PRN MELAKA
MELAKA 25 Oktober - Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan. Senarai...
PRN MELAKA: BN MELAKA AMAL POLITIK SIHAT, FOKUS KHIDMAT KEPADA RAKYAT
AYER KEROH 25 Oktober - Melaka bukan bumi fitnah, hasutan dan politik kebencian, sebaliknya negeri yang mengutamakan budaya politik sihat...
PRN MELAKA: PENYATUAN BN-PAS DITUNGGU RAKYAT – AB RAUF
AYER KEROH 24 Oktober - Kerjasama strategik antara Barisan Nasional (BN) dan PAS bersama rakan strategik bagi menghadapi Pilihan Raya...
PRN MELAKA: BN UMUM MANIFESTO SEMINGGU SELEPAS PENAMAAN CALON
AYER KEROH 24 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka akan mengumumkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seminggu selepas hari...
PRN MELAKA: 13 PENYANDANG KEKAL, BN YAKIN KHIDMAT MEREKA TERUS DITERIMA RAKYAT
AYER KEROH 24 Oktober - Keyakinan terhadap khidmat yang diberikan kepada rakyat menjadi antara asas Barisan Nasional (BN) Melaka mengekalkan...
PRN MELAKA: 8 MUKA BAHARU BN DIGESA KERJA LEBIH KUAT DAN MANTAP
AYER KEROH 24 Oktober - Muka baharu yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) digesa bekerja lebih kuat dan mantap bagi memastikan...
