
‘King’ terbang atas pokok
ALOR GAJAH 7 Mac – Sebuah Perodua Myvi dipandu seorang wanita terbabas sebelum tersangkut pada pokok dalam kejadian di Jalan Alor Gajah, berhampiran Kompleks Rakan Muda, di sini, jam 8.25 pagi tadi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa berusia 30-an sedang dalam perjalanan dari Paya Rumput ke tempat kerjanya.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Aminuddin Baki Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian bomba mendapati terdapat sebuah Perodua Myvi tersangkut pada pokok namun pemeriksaan mendapati tiada mangsa di dalamnya selain difahamkan pemandu ada mengalami kecederaan.
“Kami diberitahu mangsa seorang wanita sudah keluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Pasukan bomba kemudian melakukan pemeriksaan sekiranya terdapat sebarang kemerbahayaan atau bateri kenderaan pecah,” katanya.
Menurutnya, selepas memastikan keadaan selamat, pasukan bomba turut membantu menebang pokok bagi memudahkan kerja mengalihkan Perodua Myvi terbabit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DEEPAVALI LEBIH BERMAKNA, TOK RAUF SANTUNI MASYARAKAT INDIA MASJID TANAH
LENDU 7 November β Kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan suasana sambutan Deepavali bersama...
BAZAR DEEPAVALI LITTLE INDIA LAMBANG PERPADUAN LEBIH 30 TAHUN
BANDA HILIR 7 November - Bazar Deepavali di Little India bukan sekadar menjadi tumpuan masyarakat mendapatkan keperluan perayaan, malah mencerminkan...
DEEPAVALI JADI JAMBATAN PERPADUAN, KEHARMONIAN RAKYAT MELAKA TERUS DIPERKASA – AB RAUF
BANDA HILIR 6 November - Sambutan Deepavali bukan sekadar perayaan keagamaan masyarakat Hindu, malah menjadi wadah mempererat hubungan silaturahim dan...
HAK NAJIB PERLU DIHORMATI – TAKIYUDDIN
AYER KEROH 6 November β Perikatan Nasional (PN) yakin isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan...
PRN MELAKA: MANIFESTO BN-PN TUMPU RANCAKKAN EKONOMI, LUASKAN PENDAPATAN RAKYAT – MCA
AYER KEROH 6 November - Penekanan terhadap usaha menarik pelaburan dan mewujudkan 25,000 peluang pekerjaan baharu menjadi antara perkara yang...
MAIM PERKASA TADBIR URUS, KEBAJIKAN KAKITANGAN JADI KEUTAMAAN
AYER KEROH 6 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkukuh kerjasama antara pengurusan jabatan dengan warga kerja menerusi...
