
Wanita berbaju kebangsaan sahut ekspedisi kayak
AYER KEROH 26 Ogos – Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) mengadakan Program Ekspedisi Kayak Wanita sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-63, baru-baru ini.
Majlis pelepasan ekspedisi kayak tersebut disempurnakan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam Datuk Zaidi Attan.
Penganjuran itu mendapat kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Wanita Malaysia dan Persatuan Rekreasi Negeri Melaka (REDTMA) dan Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka.

Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, ekspedisi itu melibatkan 63 peserta berpakaian baju kebangsaan dari pelbagai bangsa.
“Semua peserta berkayak sejauh lima kilometer dari Pantai Siring ke Pulau Besar Melaka.
“Peserta bukan saja dari Negeri Melaka, malah dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Pahang dan lain-lain,” katanya.
Lebih menarik Skuad Info On Wheel Merdeka Jabatan Penerangan Negeri (JPN) turut menyemarakkan lagi sambutan itu sengan mengedarkan Jalur Gemilang kepada semua peserta dan wakil pengusaha bot.
Katanya, program itu wajar diteruskan bagi menarik penglibatan belia dari pelbagai bangsa.
“Ini sekali gus menyuntik semangat menyambut Bulan Kebangsaan serta mengeratkan perpaduan sesama kaum,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS KENAL PASTI IDENTITI TIGA SEKELUARGA TERKORBAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAH
ROMPIN 15 Ogos - Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT TARIK PERHATIAN ORANG MUDA
PENGKALAN BATU 15 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat diakui menjadi medium yang amat berkesan dalam mendengar permasalahan,...
MOOD MERDEKA BERMULA DARI PINTU GERBANG, MPHTJ HIAS LALUAN MASUK KE MELAKA
AYER KEROH 15 Ogos - Aspek kebersihan dan landskap sepanjang laluan masuk ke Melaka diberikan perhatian oleh Majlis Perbandaran Hang...
LPM TERIMA LEBIH 200 PERMOHONAN BAGI PROGRAM MELAKA RUMAHKU
AYER KEROH 15 Ogos - Lebih 200 permohonan diterima Lembaga Perumahan Melaka (LPM) membabitkan bina baru dan baik pulih kediaman...
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...

